6 TIPS Bagi Magician Yang Baru !!!
1)Pastikan anda praktis trick dengan secukupnya. Jangan praktis separuh jalan je. Biasakan praktis depan cermin ataupun depan partner yang boleh dipercayai.
2)Untuk baru yang nak start jadi magician tu, fokus kan dengan satu trick dahulu sebelum anda belajar trick yang lain. Praktis betul2 sampai perfect sebelum perform. Cara ini juga dapat naikkan level konfiden anda terhadap trick tersebut sebelum perform pada penonton,
3)Jangan sesekali mengulangi trick yang sama di depan penonton yang sama. Biasanya kalau ulang trick yang sama, penonton akan fokus bukan kepada magic kita tetapi pada kaedah dan pergerakan silap mata kita.
4)Jadilah seorang penghibur. Betulkan niat. Perform magic bukanlah untuk nampak hebat dan popular semata2. Peranan seorang magician adalah menghiburkan dan mengembirakan hati penonton. Itu lah magic sebenar =).
5)Banyakkan menonton video2 pertunjukan silap mata. Semasa menonton, kaji cara presentation mereka sebab kadang2 anda akan mendapat idea berdasarkan pertunjukkan mereka. Tapi kena ingat jangan tiru bulat2 cara magician lain, be yourself !!
6)Jangan dedahkan rahsia silap mata anda kepada penonton, tak magic lah kalau penonton tahu rahsiakan.
Banyak lagi tips2 berkenaan silap mata bakal menyusul.
LIKE PAGE The Magix sekarang untuk info dan tips berkenaan silap mata!
★Share dan tag kawan2 lain yang gemar bermain silap mata★
Tiada ulasan:
Catat Ulasan