Khamis, 15 Disember 2016


Tips Ringkas Untuk Ahli Silap Mata

1- Berlatih laa bersungguh-sungguh sebelum melakukan silap mata. Lagi banyak korang berlatih, lagi cantik persembahan korang nanti. bak kata orang poteh "practice make perfect"

2- Jangan ulang trick yang sama dengan penonton yang sama. sebab kemungkinan besar rahsia silap mata korang akan terbongkar.

3- Jangan bagitahu bagaimana silap mata yang korang lakukan. Biasanya keluarga atau kawan-kawan akan pujuk dan paksa korang untuk bagitahu rahsia dia. Jangan bagitahu sebab kalau mereka tahu ianya tidak lagi menjadi satu magic. Biarkan hidup mereka diselubungi misteri..heheheh

4- Reka persembahan silap mata korang sendiri. seperti gaya persembahan dan rutin sendiri pasti lebih menarik. Tapi Jangan jadikan ia terlalu bosan dan lama.

5- Berlatih la di depan cermin. Ini adalah salah satu latihan yang sangat baik, sebab korang dapat tengok sendiri pergerakan yang korang lakukan seolah-olah korang sendiri adalah penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan