Khamis, 15 Disember 2016


TEKNIK ALIH PERHATIAN (MISDIRECTION)

Teknik alih perhatian merupakan perkara yang sangat penting dalam dunia silap mata. Boleh dikatakan hampir kesemua persembahan silap mata memerlukan korang untuk menggunakan teknik ni. Teknik ni penting untuk memastikan persembahan silap mata berjalan dengan lancar dan mengelakkan rahsia korang daripada terdedah terutama silap mata jarak dekat (close-up).
Hari ini kami akan kongsikan dua peraturan utama untuk mengalihkan perhatian penonton yang perlu korang tahu.

1- Kalau korang tanak mereka tengok ke arah sesuatu, seperti sedang melakukan "sleight of hand", pandang ke arah penonton dan berkomunikasi dengan mereka seperti tanya mereka soalan supaya korang mempunyai masa untuk melakukan sesuatu secara rahsia seperti ambil duit syiling dan sebagainya. Kerana apabila korang berkomunikasi dengan mereka pasti mereka akan memandang tepat ke arah korang.

2- Kalau korang nak penonton tengok ke arah lain atau ke arah sesuatu, pastikan korang juga melihat ke arah yang sama. Sebab secara semulajadi penonton juga akan melihat pergerakan dan arah mata anda kerana mereka merasakan apa yang anda lihat itu sangat penting dan mereka juga perlu melihat ke arah itu.

Tips tambahan: korang juga boleh meminta penonton untuk melakukan sesuatu seperti tanda tangan pada kad, teknik ini merupakan teknik yang sangat "kuat" untuk alihkan perhatian penonton kerana mereka 100% akan tumpukan kepada apa yang korang suruh lakukan. Pastikan korang melakukan kaedah ini secara spontan supaya tidak menjejaskan silap mata korang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan