Khamis, 15 Disember 2016

Asal Usul Magic (Sejarah Silap Mata)


Asal Usul Magic (Sejarah Silap Mata)

Persembahan silap mata pertama yang direkodkan dalam sejarah adalah ketika zaman firaun, iaitu 5000 tahun lalu. Umumnya mengetahui, Firaun menganggap dirinya tuhan dan ketika kejadian ini berlaku, Cheop adalah Firaun. Cheop yang menganggap dirinya tuhan itu menginginkan hiburan yang setaraf dengan status 'tuhannya' Suatu hari, Cheop didatangi seorang lelaki yang penuh keyakinan. “Saya mampu mematikan dan menghidupkan hidupan ini.” Lelaki itu menunjuk seekor burung putih ke arah Firaun dengan tertib.
Tanpa banyak soal, lelaki itu terus mencabut kepala burung putih itu dengan mudah. Semua yang menyaksikan kejadian itu terperanjat. Selepas lelaki itu membiarkan kepala burung itu tercabut buat beberapa ketika, lelaki itu menyambung semula kepala burung itu. Burung itu hidup kembali. Ahli sihir firaun juga terkejut kerana tahu, persembahan itu bukan menggunakan kuasa sihir. Itulah silap mata yang misteri tetapi logik. Lelaki pertama yang direkodkan membuat silap mata itu adalah, Dedi.Dia adalah penghibur untuk golongan atasan ketika zaman itu.Magic berasal dari perkatan orang latin iaitu MAGI. Ianya adalah sejenis hiburan yang sangat dikenali pada abad ke 17. Ianya di mainkan oleh orang orang bangasawan pada masa itu.
Pada tahun 1584, Reginald Scot telah membuka rahsia rahsia magic, bagaimana magic dilakukan dalam bentuk buku yang berjudul THE DISCOVERIE OF WITCHCRAFT.

Dari tahun 1756 hingga ke 1781 seorang magician JACOB PHILADELPHIA selalu membuat pertunjukan magic di europe dan di negara Rusia. Kemudian lahir lah seorang magician moden pertama bernama JEAN EUGENE ROBERT HOUDIN (1805-1871) dan membuka magic theatre di Paris pada tahun 1840. Dia amat mahir dalam membuat alat alat ilusi yang besar bagi pertunjukan di pentas.

Selepas itu munculah seorang lagi magician yang menjadi sejarah iaitu HARRY HOUDINI di mana magicnya banyak berunsurkan escopology. Harry houdini ini yang berketurunan hungarian rabbi sangat berkebolehan dalam magic escopologi dimana dapat melepaskan diri dalam apa juga keadaan.
Harry Houdini (lahir di Budapest, Hungary, 24 Mac 1874–meninggal di Detroit, 31 Oktober 1926) adalah seorang ahli silap mata terkemuka yang berasal dari Amerika Syarikat. Beliau paling dikenali melalui aksi-aksi memboloskan dirinya, antara lain melepaskan diri dari ikatan tali, gari, rantai, dan yang paling terkenal: muslihat Chinese water torture, di mana tubuh Houdini digantung terbalik lalu dia berjaya meloloskan diri dari almari kaca yang diisi penuh dengan air.
Houdini mula menjadi ahli silap mata bermula pada tahun 1891. Awalnya dia hanya melakukan aksi silap matanya menggunakan kad-kad terup, namun kerjayanya meningkat sejak mula memfokuskan diri pada aksi-aksi meboloskan diri. Pertunjukan terakhir Houdini berlangsung pada 24 Oktober 1926. Sehari kemudian dia telah dimasukkan kedalam hospital dan meninggal dunia akibat peritonitis di bahagian apendiks pada 31 Oktober 1926.
Setelah kehilangan houdini, kemasyuran nya telah diganti oleh seorang lagi ahli silap mata terkenal iaitu DAVID COPPERFIELD. Ia telah mengubah konsep hiburan magic dalam pelbagai bentuk dan situasi. Walaupun kini david copperfield telah mencecah umur 50 tahun tetapi beliau masih aktif dalam bidang ini.
Kini, era baru telah muncul David Blane, Criss Angel serta Cyril Takayama memenuhi ruang magic dunia dalam bentuk persembahan street magic. Dimana magic ini dilakukan rapat bersama penonton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan